Hafidz Roshdi Timang Anak Kedua, Sama Tarikh Lahir Dengan Anak Sulung

Tahniah diucapkan kepada pelakon Hafidz Roshdi dan isteri Nurul Shuhada Mat Shukri yang selamat menimang cahaya mata kedua mereka hari ini. Berita gembira itu dikongsikan oleh Hafidz menerusi Instagram sebentar tadi.

Menerusi perkongsian itu, Hafidz turut memuat naik gambar menggend0ng cahaya mata lelakinya. Lebih manis, anak keduanya itu berkongsi tarikh dengan anak sulungnya yang lahir pada 9 September 2017.


Hafidz turut berkongsikan gambar dengan posisi sama ketika anak sulungnya iaitu Humairah dilahirkan tiga tahun lalu. Dalam pada itu, Hafidz meluahkan rasa syukur kini hidup mereka sudah lengkap apabila dikurniakan sepasang cahaya mata.

Diruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah serta mendoakan agar dipermudahkan segala urusan.

Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan umah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan anak sulung pada 9 September 2017.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: RK

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Hafidz Roshdi Timang Anak Kedua, Sama Tarikh Lahir Dengan Anak Sulung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*