P3rlis Ben4rkan S0lat Jvmaat Mvlai 15 Mei D3ngan Sy4rat..

Perlis menjadi antara negeri terawal yang membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di masjid bermula 15 Mei ini. Bagaimanapun, pelaksanaan itu mempunyai beberapa syarat termasuk tanpa kehadiran orang awam.

Masjid tidak dibuka kepada orang awam

Gambar hiasan

Memetik laporan Metro, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam sebuah kenyataan memaklumkan solat Jumaat hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid sahaja.

Perintah tersebut telah diperkenan Raja Perlis iaitu Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail. Baginda berpendapat tindakan demikian adalah sebagai permulaan untuk membolehkan ‘Syiar Jumaat’ dihidupkan semula.

Peraturan disediakan untuk masjid-masjid di Perlis agar didirikan solat Jumaat selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ekoran Cov1d-19 selepas mengambil kira dan mempertimbangkan pandangan-pandangan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Jawatankuasa Muazakarah Khas Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehubungan itu, solat Jumaat hendaklah didirikan dengan mematuhi ketetapan tertentu seperti jumlah jemaah termasuk imam dan khatib adalah tidak melebihi 12 orang dan tidak kurang daripada tiga orang.

Masjid tidak dibuka kepada orang awam, sebaliknya hanya pegawai masjid dan Ahli Jawatankuasa masjid sahaja dibenarkan melakukan solat Jumaat.

Terh4d selama 15 minit sahaja

Selain itu, antara syarat yang lain termasuk individu berusia 60 tahun dan keatas tidak dibenarkan ke masjid. Malah, pelaksanaan tersebut perlu dilakukan di kawasan lebih terbuka seperti anjung masjid. Jemaah dikehendaki berwuduk lebih awal sebelum ke masjid dan solat Jumaat terhad selama 15 minit sahaja.

Setiap yang diizinkan hadir hendaklah membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran.

Mereka yang mempunyai gej4la seperti dem4m, ses4k nafas, sakit tek4k dan sel3sema serta mempunyai sejarah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi, lelah, penyakit barah dan sebagainya tidak dibenarkan hadir.

Jemaah mestilah melaksanakan penjarakan sosial semasa solat sekurang-kurangnya dua meter, serta diwajibkan memakai pelitup muka ketika menunaikan solat Jumaat.

Tiada kontak fizikal dibenarkan di dalam masjid sama ada sebelum atau selepas solat dan jemaah hendaklah terus beredar meninggalkan kawasan masjid seusai selesai solat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Metro via Oh Bulan

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "P3rlis Ben4rkan S0lat Jvmaat Mvlai 15 Mei D3ngan Sy4rat.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*