“Hafiz Hamidvn Ded4h Ada Wanlta Aj4k Kahwln,” Mahu Jaga An4k Angk4t

Hampir dua bulan mengambil seorang anak angkat yang diberi nama Hamdee, penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun mengakui ada wanita menawarkan diri untuk menjadi isterinya kerana simpati melihatnya mengasuh bayi sendirian.

Bagaimanapun, Hafiz berkata dia belum sedia untuk bergelar suami dan lebih selesa menguruskan anak angkatnya sendiri. Mengakui pada awalnya sukar untuk menjaga bayi tersebut kerana tiada pengalaman, namun kini dia sudah tidak kekok lagi.

“Walaupun pada awalnya agak sukar mengasuh bayi kerana tiada pengalaman, tetapi selepas dua bulan, saya sudah betah menguruskan rutin hariannya. Namun, ada yang simpati hingga menawarkan diri menjadi isteri. Saya hargai keprihatinan mereka, namun, saya terpaksa menolaknya.

“Setakat hendak memandikan, buat susu dan menukar lampin, tiada masalah. Saya sudah cekap. Kalau perlukan bantuan, saya lebih selesa mengharapkan keluarga. Mereka banyak membantu pun sejak mula mengasuh Hamdee,” katanya kepada BH Online.

Hafiz menyifatkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah satu rahmat buat dirinya kerana dia perluang untuk melihat anaknya membesar di depan mata kerana sebelum ini anaknya akan dijaga oleh ibu bapanya jika dia ada urusan diluar.

“Saya sangat bersyukur kerana PKP memberi peluang kepada saya menghabiskan masa bersama Hamdee, berbanding ketika mula-mula dahulu.

“Sebelum ini, jika saya ada urusan, saya akan meminta iba bapa tolong menjaganya. Bagaimanapun, apabila malam, saya akan pastikan Hamdee tidur dengan saya. Penat macam manapun, saya tetap mahu Hamdee di sisi,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: rotikaya

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Hafiz Hamidvn Ded4h Ada Wanlta Aj4k Kahwln,” Mahu Jaga An4k Angk4t"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*