“Bert4rvng Mel4wan K4ns3r,” Elyana Masih M4mpu Berpvasa

Disahkan menghidap k4nser limfoma sejak 8 tahun lalu dan masih bertarung mel4wan penyakit itu, Elyana terus positif menjalani rutin harian seperti biasa sebagai seorang isteri dan juga ibu kepada dua cahaya mata.

Berkongsikan perkembangan terbaru mengenai kesihatannya, Elyana berkata dia masih s4kit tetapi tidaklah setervk seperti dahulu. Namun, Elyana meluahkan rasa syukur dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya masih pesakit kanser tahap empat di mana sel kanser masih wujud dalam badan. Cuma, sekarang, sakit saya tidak seteruk seperti awal-awal dahulu.

“Alhamdulillah, tahap kesihatan saya sekarang biasa sahaja. Kadang-kadang saya sakit, ada kalanya tidak. Ada juga masanya saya penat, seperti mahu ke tandas pun saya letih. Bagaimanapun, semuanya baik-baik sahaja sekarang,” katanya kepada BH Online.

Elyana mengaku sudah lebih setahun tidak berjumpa doktor mahupun pergi membuat pemeriksaan di hospital. Kali terakhir dia ke hospital bagi menjalani rawatan radioterapi dan keadaan itu menyebabkan dia tidak boleh berjalan.

“Kali terakhir saya ke hospital adalah awal tahun lalu untuk menjalani rawatan radioterapi selepas sel kanser menyerang tulang belakang.

“Keadaan itu menyebabkan saya tidak boleh berjalan dan terpaksa menggunakan kerusi roda. Sejak itu, saya belum lagi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Meskipun kesihatannya tidak begitu baik, namun Elyana berkata dia masih mampu menunaikan kewajiban ibadah berpuasa di bulan Ramadhan.

“Alhamdulillah, saya masih larat berpuasa memandangkan saya juga tidak perlu memakan ubat mengikut masa tertentu.

“Anak saya, Cinta Sumayyah yang berusia sembilan tahun pun berpuasa penuh. Jadi, malulah kalau saya tidak berpuasa,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: rotikaya

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Bert4rvng Mel4wan K4ns3r,” Elyana Masih M4mpu Berpvasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*