“Tak Akan Pernah Sama Tanpa Ayah,” 8 Kali Ramadan Tanpa Yang Tersayang, Dira Abu Zahar Rasa Rindu…

Pelakon dan penerbit, Dira Abu Zahar meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya, Datuk Abu Zahar Haji Ithnin.

Perkara tersebut dizahirkan Dira menerusi akaun Instagram miliknya.

Menurutnya, tahun ini merupakan tahun kelapan dia menyambut bulan ramadan yang suci tanpa arwah ayah tercinta.

Di samping itu, Dira turut mengimbau foto kenangan saat bersama arwah, pada posting sama.

“8 kali 3 Ramadhan berlalu tanpa ayah. .8 tahun tak pernah berhenti rindu ayah.

“8 tahun tak pernah putus berharap utk jumpa ayah. 8 tahun yg takkan pernah sama tanpa ayah.

“Ayah, Ira still hope that one day will come. To meet u again. Because I miss you so much ayah.

“Insyallah. Kita sambut raya sama2 lagi. Di syurga abadi. Tunggu owang kat sana k.

“Meanwhile that, ira and the rest akan Jaga mak baik2 for u,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon berusia 36 tahun itu juga memohon ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.

“Alfatihah utk ayah, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar Hj Ithnin.

“Mohon sama2 sedekahkan Alfatihah utk ayah Saya. .Terima kasih #rinduayah #anakayah.” titip Dira lagi.


Sekadar informasi, Allahyarham telah meninggal dunia pada 12 Julai 2013 akibat penyakit kencing manis dan komplikasi jantung.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Instagram Dira Abu Zahar

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tak Akan Pernah Sama Tanpa Ayah,” 8 Kali Ramadan Tanpa Yang Tersayang, Dira Abu Zahar Rasa Rindu…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*