Ustaz Uthman Dedh Apa Yang Jakel Dh buat Selama Ini

Dalam pelbagai cerita yang kurang enak mengenai Jakel dan keluarganya, seorang Ustaz tampil berkongsi kisah menarik mengenai Jakel

Berikut perkongsian jujur dari Ustaz Uthman Daud mengenai Jakel dan pemiliknya

Boik0t Jakel?

“Tular hari ni tentang kes keluarga Dato Feroz menghina bangsa Melayu. Dan ramai melakukan kempen boikot Jakel kerana kesilapan ahli keluarganya itu.

Saya sebenarnya tak ingin nak tulis hal ni, tapi bila membaca mereka yang marah dengan post tersebut, rasa terpanggil juga untuk menulis. Maafkan saya Dato’ Feroz kalau Dato’ baca post saya ni, saya terpaksa dedahkan apa yang Dato’ sembunyikan selama ini demi kebaikan bersama.

Produk berkualiti

Jakel terkenal dengan butik baju, kain dan karpet yang berkualiti di tanahair kita. Disebalik kisah jualan yang hebat, sebenarnya kita tak tahu bahawa duit keuntungan yang mereka dapat banyak disalurkan di madrasah-madrasah tempatan dan juga luar negara terutamanya di negara ketiga seperti Bangladesh dan lain-lain. Saya tak kenal Dato’ Feroz secara peribadi, tapi saya kenal seorang maulana yang dilantik oleh Dato’ Feroz untuk meluluskan permohonan bantuan dari mana-mana madrasah agar ia disalurkan pada tempat yang betul.

Penyumbang terbesar Majlis Ulama

Tidak cukup dengan itu, majlis-majlis perhimpunan ulama dan sebagainya, antara penyumbang besar adalah Jakel, tapi mereka tak letakkan nama syarikat mereka sebagai penaja majlis. Hanya orang yang terlibat secara langsung dalam majlis itu sahaja yang tahu tentang ini.

Sedekah setiap kali Jumaat

Pada setiap Jumaat, Dato’ Feroz sedekahkan duit selepas habis solat Jumaat. Kadang-kadang beliau sendiri yang beri dan kadang-kadang melalui staf beliau.

Ini apa yang saya tahu, dan apa yang tak tahu itu entah berapa banyak lagi sumbangan beliau ke atas agama ini melalui harta yang beliau dapat. Yang membuat salah adalah salah seorang daripada keluarga beliau, tapi yang ajibnya perniagaan beliau yang hendak diboikot. Dan adakah kerana satu kesalahan itu terus menghilangkan segala kebaikan lain yang pernah beliau lakukan?

Mari kita memaafkan

Bulan Ramadhan sepatutnya bulan sabar. Bulan didik nafsu amarah kita agar menjadi seorang mukmin yang sejati. Jangan biarkan berlaku permusuhan dalam bulan yang mulia ini. Si pelaku sudah pun minta maaf, apalah salahnya kita pun merendahkan hati untuk memaafkan atas ketelanjuran tersebut. Semoga Allah jaga hati kita dan tidak hancurkan pahala ibadah kita seperti pasir yang ditiup angin. Aaminn.. -uthmandaud-

P/s : wallahi saya tak pernah dibayar oleh pihak Jakel untuk share tentang ni. Baik sebelum mahupun sekarang..

Berikut reaksi beberapa netizan

“Terima kasih kerana posting tuan banyak mendidik ke arah kebaikan. Sebelum ni sy jg ada mbuat kesilapan unt ‘cpt share’ perkara yg belum tentu benar. Berhusnuzon dan diam itu lebih baik. Sy didik diri sy belajar dr kesilapan. Moga teguran kebaikan tuan asbab tuan unt ke Syurga Allah kelak. Amin Ya Rabb”

“Jakel bina Sekolah Menengah Agama Ar-Raudhah An-Nabawiyah (SMARAAN) di Janda Baik. Sesiapa yg masuk situ 100% akan ditaja tnpa perli membayar sesen pun. 4 orang anak murid saya sedang melanjutkan pelajaran di situ”

“sy kenal anak dia tu ustaz. bdk muda lagi biasalah ckp tak fikir panjang. hidup di zaman cyber ni netizen yg hilang pendoman bila jari jemari ni gatal fikiran bercelaru. kita kene berhati2 dgn penulisan dialam cyber ni.”

“dengar2 cmtu lah, jakel banyak bantu melayu terutama disekitar KL. pandang lah kebaikan2 yg banyak tu lebih bagus lagi.”

Yusuf Azmi tampil bersuara

Menurut Yusuf Azmi, kita semua sebagai saudara sesama Islam perlu memaafakan apa yang telah berlaku kerana pihak Jakel telah pun memohon maaf. Yusuf Azmi juga berharap rakyat Malaysia akan bersimpati dengan Jakel dan mengesa untuk tidak menghancvrkan usaha pernigaan Umat Islam.

Menurut Yusuf Azmi lagi, setiap manusia melakukan kesilapan dan rata-rata pekerja Jakel kebanyakan terdiri dari bangsa Melayu dan Umat Islam.

“Kita sesama islam..Maafkan apa yang telah berlaku.. Kenyataan Muzaffar dari Pihak Jakel yang telah menyinggung bangsa melayu.. Apa pun Abg beliau atau Selaku Pengarah Datuk Fairus telah memohon maaf.. Saya mengharapkan semua Rakyat Malaysia bersimpati kepada JAKEL.. Janganlah kita menghancvrkan Usaha Perniagaan Umat Islam kita.. Setiap manusia melakukan khilaf.. Jangan biarkan Puak Puak yang tertentu bertepuk tangan dengan penghasilan menjatvhkan perniagaan orang melayu islam.. Marilah kita berfikiran Rasional.. Pekerja kebanyakkan di Perniagaan Jakel adalah bangsa Melayu dan Terdiri dari Umat Islam.. Mari Kita bersama.. Sokong BUY MUSLIM FIRST..”

Yusuf Azmi,Aktivis

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: Trendingsangat

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Ustaz Uthman Dedh Apa Yang Jakel Dh buat Selama Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*