“Isa Khan Beri Khidmat Reviu Percuma Di Instagram Sepanjang Ramadan,” Bantu Peniaga Ketika PKP

Pelakon Isa Khan mengambil inisiatif membantu golongan peniaga dengan menyediakan perkhidmatan reviu secara percuma di platform media sosialnya.

Menurut Isa, perkhidmatan tersebut akan dilakukan setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

“Assalamualaikum semua. Kepada sesiapa yang nak aku reviu produk korang secara percuma, tak kisah produk, makanan, IG Shop, perkhidmatan atau apa sahaja korang boleh DM aku terus ya.

“Aku akan reviu kat IG story setiap hari sepanjang bulan Ramadan ni. Pengikut aku tak ada lah berjuta pun, tapi Insya-Allah dalam 200,000 tu mesti ada yang berminat dengan produk korang dan aku doakan supaya jualan korang meletop-letop di bulan suci Ramadan ni,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Isa menawarkan perkhidmatan reviu secara percuma itu bermula semalam.

Kata Isa lagi, dia berbuat demikian sebagai salah satu usaha untuk meringankan beban peniaga di luar sana agar tidak perlu mengeluarkan modal bagi mempromosikan produk mereka.

“Seperti yang korang maklum, reviu di IG Story dan feed ada bayaran dan sebagainya, tapi aku ikhlas nak bantu. Insya-Allah sedikit sebanyak ada peningkatan jualan, tanpa korang keluar modal untuk khidmat reviu.

“Sama-sama kita doakan agar dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki,” katanya.

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata memuji tindakan Isa yang bermurah hati membantu golongan peniaga ketika ramai yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: gempak

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Isa Khan Beri Khidmat Reviu Percuma Di Instagram Sepanjang Ramadan,” Bantu Peniaga Ketika PKP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*