Hasrat Nicholas Saputra Kahwin Muda Dih@lang, Nama Pelakon Mariana Renata Jadi Sebutan

SELEPAS penerbit filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC), Mira Lesmana mendedahkan dia melarang pelakon Nicholas Saputra berkahwin di usia muda, nama pelakon Mariana Renata menjadi sebutan.

Nicholas meluahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga pada 15 tahun lalu ketika dirinya baru sahaja berusia 21 tahun.

Menerusi laporan Liputan6, nama Mariana Renata menjadi sebutan disebabkan model tersebut pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Nicholas pada 2006.

Pasangan ini pernah bergandingan menerusi filem Janji Joni.

Dikatakan Nicholas dan Mariana mula bercinta selepas membintangi filem Janji Joni dan sekali lagi bekerjasama dalam sebuah drama bersiri pada 2014.

Sebelum ini, Mira mendedahkan perkara itu bersama Nicholas dalam siaran langsung di laman Instagram Miles Films.

Biarpun hasrat tersebut ditolak namun Nicholas bersyukur tidak jadi berkahwin di usia muda kerana dia berasa sangat seronok menikmati masa bujangnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Hasrat Nicholas Saputra Kahwin Muda Dih@lang, Nama Pelakon Mariana Renata Jadi Sebutan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*