PELAKON Baim Wong meluahkan rasa syukur apabila kediaman yang dibina untuk dua peminatnya bernama Sugiri dan Wulan di Banten, Indonesia hampir siap sepenuhnya.
Memetik laporan Liputan6, Baim sudah merancang untuk membina tempat tinggal untuk keluarga Sugiri dan Wulan sejak dua tahun lalu.
Malah Baim dan isterinya iaitu Paula Verhoeven sudah beberapa kali datang meninjau lokasi kediaman tersebut.
Baim berkongsi video ketika meninjau lokasi pembinaan rumah untuk peminatnya.
Aktor yang berasal dari Indonesia itu berkongsi perkara tersebut menerusi rakaman yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.
Menerusi rakaman tersebut, Baim berada di lokasi pembinaan rumah tersebut ditemani bapa kepada Sugiri dan Wulan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di@PENMERAH
Sumber: mstar
PERHATIAN: Pihak PENMERAH tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak PENMERAH juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Be the first to comment on "Baim Wong Bina Rumah Untuk Dua Peminatnya"